Tarikh Berkuat Kuasa: 30 Jun 2021
Terakhir Dikemas Kini: 7 Februari 2022
Modern Life Inc. dan sekutunya (“Modern Health”, “kami”, “kita”) menghormati privasi anda. Notis Privasi ini menerangkan jenis maklumat yang kami kumpulkan tentang pengguna (“pengguna”, “anda”) produk dan perkhidmatan kami, termasuk, tanpa batasan, penggunaan www.modernhealth.com, sebarang laman web atau aplikasi mudah alih Modern Health yang lain, yang disediakan kepada anda oleh Modern Health atau komponen lain yang memautkan Notis Privasi ini, (“Perkhidmatan”), cara kami menggunakan maklumat tersebut dan pihak yang kami kongsikan maklumat tersebut. Kami juga menerangkan hak anda dan cara anda boleh menghubungi kami berkenaan amalan privasi kami.
Dengan mengakses atau menggunakan Perkhidmatan, anda menunjukkan yang anda telah membaca, memahami dan bersetuju kepada pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan pendedahan Maklumat Peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi ini dan Terma Penggunaan kami. Untuk maklumat lanjut berkenaan cara kami memproses Maklumat Peribadi anda, sila gunakan pautan di bawah untuk pergi ke seksyen yang disenaraikan:
1. Waktu Notis Privasi ini Diguna Pakai
Notis Privasi ini diguna pakai pada “Maklumat Peribadi” anda, merangkumi maklumat yang boleh mengenal pasti anda, dan maklumat yang kami kumpulkan atau maklumat yang diperoleh daripada interaksi anda dengan Perkhidmatan kami. Contoh Maklumat Peribadi mungkin termasuk nama anda, alamat anda, atau pengecam dalam talian yang boleh mengenal pasti anda (seperti alamat IP). Maklumat Peribadi mungkin mempunyai definisi yang berbeza mengikut undang-undang privasi tempat di kawasan anda, bergantung pada tempat anda tinggal. Dasar Privasi ini diguna pakai pada semua jenis Maklumat Peribadi seperti yang ditakrifkan oleh undang-undang privasi tempatan yang dikenakan kepada anda.
Notis Privasi ini tidak diguna pakai pada:
2. Jenis Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpulkan
Kami mengumpulkan dan menjana jenis Maklumat Peribadi yang berbeza bergantung pada cara penggunaan anda atau cara anda berinteraksi dengan Perkhidmatan kami. Kategori dan sumber Maklumat Peribadi anda yang kami kumpul dan jana mungkin termasuk:
Jenis Pengguna
Berdasarkan jenis pengguna anda dan komponen Perkhidmatan kami yang anda gunakan, kami juga mungkin mengumpulkan jenis Maklumat Peribadi tambahan seperti:
Maklumat Peribadi yang Diperoleh Daripada Pihak Ketiga
Kami juga mungkin mendapatkan Maklumat Peribadi anda daripada pihak ketiga lain yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan. Contohnya, kami mungkin menerima Maklumat Peribadi anda daripada pelanggan kami (yang mungkin majikan anda) untuk membolehkan kami mengesahkan kelayakan anda untuk menggunakan Perkhidmatan. Maklumat ini mungkin termasuk nama anda, alamat e-mel kerja, poskod, tarikh lahir, jantina, bangsa/etnik, nombor atau kod ID kakitangan (jika berkenaan), tarikh mula dan tamat bekerja, jabatan, jawatan, kod kerja (jika berkenaan), lokasi pejabat, maklumat prestasi, data tuntutan kesihatan, atau maklumat kaji selidik tentang kepuasan kerja anda dan topik berkaitan. Kami juga mungkin menerima Maklumat Peribadi daripada Penyedia untuk membolehkan kami memadankan anda dengan Penyedia lain atau untuk memudahkan kesinambungan penjagaan anda. Kami mungkin menggabungkan maklumat yang diperoleh daripada penggunaan Perkhidmatan anda dengan maklumat yang diperoleh daripada pihak ketiga tersebut untuk memberi anda Perkhidmatan yang lebih diperibadikan.
Kuki dan Teknologi Penjejakan:
Perkhidmatan kami mungkin menggabungkan teknologi penjejakan untuk memberi anda kefungsian tertentu, yang mengumpulkan atau menjana Maklumat Peribadi anda apabila anda berinteraksi dengan kami.
Tetapan dan Pilihan Anda:
Anda boleh mengurangkan maklumat daripada peranti anda yang dikumpulkan oleh kuki dan teknologi lain dengan menukar tetapan pelayar anda supaya memaklumkan anda apabila kuki ditetapkan atau dikemas kini, atau untuk menyekat kuki semua sekali. Sesetengah pelayar juga membenarkan anda mengawal objek yang disimpan secara tempatan melalui tetapan pelayar anda. Maklumat lanjut tentang cara untuk melakukan perkara ini boleh didapati di www.allaboutcookies.org/manage-cookies atau dalam seksyen “Bantuan” pelayar anda. Jika anda memilih untuk menyekat kuki, penggunaan Perkhidmatan anda mungkin akan terjejas.
Jika anda mahukan maklumat lanjut tentang perkara ini dan ingin mengetahui pilihan anda untuk tidak membenarkan maklumat ini digunakan oleh syarikat ini, sila layari: laman web Digital Advertising Alliance, https://www.aboutads.info/, atau laman web Network Advertising Initiative, http://networkadvertising.org/consumer/opt_out.asp.
3.Cara Kami Menggunakan Maklumat Peribadi
Bergantung pada Perkhidmatan yang anda gunakan dan cara anda berinteraksi dengan kami, kami mungkin menggunakan Maklumat Peribadi anda dengan cara berikut. Jika anda tinggal dalam bidang kuasa tertentu (termasuk tetapi tidak termasuk Kesatuan Eropah), kami mungkin tidak akan memproses Maklumat Peribadi anda melainkan anda memberikan persetujuan terlebih dahulu kepada kami untuk berbuat demikian.
4. Cara Kami Berkongsi Maklumat Peribadi
Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pihak ketiga berikut, dan bagi sebab berikut, menurut undang-undang yang berkenaan:
5. Pemindahan Data Antarabangsa
Modern Health ialah syarikat yang berpangkalan di A.S., oleh itu kami mungkin akan memindahkan Maklumat Peribadi anda ke luar negara kediaman anda untuk memberikan Perkhidmatan kepada anda. Kami juga mungkin melibatkan penyedia perkhidmatan global untuk membantu kami menyediakan Perkhidmatan kepada anda. Negara-negara ini mungkin tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang sama seperti negara kediaman anda. Jika kami memindahkan Maklumat Peribadi anda, kami akan mematuhi keperluan undang-undang yang berkaitan, berkenaan penyediaan perlindungan sewajaran bagi pemindahan Maklumat Peribadi (contohnya, klausa kontraktual standard, perjanjian pemindahan data) untuk melindungi Maklumat Peribadi anda menurut Notis Privasi ini.
6.Cara Kami Melindungi Maklumat Peribadi
Modern Health menyelenggara perlindungan teknikal, fizikal dan organisasi untuk memastikan tahap keselamatan dan kerahsiaan yang sewajarnya untuk Maklumat Peribadi anda, menurut dasar kami dan undang-undang yang berkaitan. Walau bagaimanapun, tiada perkhidmatan atau platform dalam talian yang terjamin 100%. Selain itu, sebarang komunikasi tidak disulitkan yang anda hantar kepada kami, tidak boleh dilindungi sepenuhnya terhadap akses yang tidak dibenarkan. Modern Health juga tidak bertanggungjawab ke atas akses tidak dibenarkan terhadap Maklumat Peribadi anda apabila ia dihantar ke alamat e-mel peribadi anda, atas permintaan anda. Anda bertanggungjawab untuk menyelenggara keselamatan peranti dan akaun dalam talian anda, termasuk untuk tidak berkongsi kata laluan atau tauliah Perkhidmatan anda dengan orang lain.
Dalam organisasi kami, hanya kakitangan yang mempunyai akses berikutan jawatan, tugas atau fungsi mereka, akan dibenarkan untuk mengakses Maklumat Peribadi anda.
Jangan Jejak: Tetapan pelayar anda akan membenarkan anda menyampaikan isyarat Jangan Jejak secara automatik ke laman web dan Perkhidmatan dalam talian lain yang anda lawati. Kami tidak mengubah amalan kami apabila kami menerima isyarat Jangan Jejak daripada pelayar pelawat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Jangan Jejak, sila layari https://www.allaboutdnt.com.
7.Pengekalan Maklumat Peribadi
Maklumat yang kami kumpulkan akan disimpan dalam bentuk yang boleh dikenal pasti secara peribadi selagi ia diperlukan untuk tujuan yang diterangkan di atas, selepas itu ia akan dipadamkan atau dikekalkan dalam bentuk yang tidak boleh dikenal pasti secara peribadi. Kami mungkin menyimpan maklumat untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami (seperti cukai, perakaunan atau tujuan privasi kesihatan). Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang tempoh pengekalan yang berkenaan, sila hubungi kami.
8.Kanak-kanak Bawah Umur
Komponen dalam talian Perkhidmatan kami tidak ditujukan untuk kanak-kanak bawah umur tiga belas (13) tahun, dan kami tidak mengumpulkan Maklumat Peribadi dengan sengaja melalui Perkhidmatan dalam talian daripada kanak-kanak bawah umur 13 tahun. Sesetengah Perkhidmatan boleh diberikan kepada kanak-kanak bawah tiga belas tahun, tetapi perkhidmatan ini dikendalikan di luar Perkhidmatan dalam talian kami (contohnya, melalui telefon). Oleh itu, maklumat elektronik bagi kanak-kanak bawah umur 13 tahun tidak tersedia. Jika anda fikir kami telah mengumpulkan Maklumat Peribadi melalui Perkhidmatan dalam talian daripada kanak-kanak bawah umur 13 tahun, sila hubungi kami.
Perkhidmatan tidak bertujuan untuk diakses oleh individu bawah umur lapan belas (18) tahun kecuali seperti yang dibenarkan oleh ibu bapa atau penjaga sah mereka, dan kami tidak mengumpulkan sebarang Maklumat Peribadi secara terus dengan sengaja daripada individu dan kanak-kanak bawah umur tanpa kebenaran tersebut. Jika kami mendapat individu bawah 18 tahun telah memberikan Maklumat Peribadi kepada kami, kami akan memadamkan Maklumat Peribadi tersebut setakat yang dikehendaki oleh Akta Perlindungan Privasi Kanak-kanak Dalam Talian.
9. Asas Undang-undang untuk Pemprosesan
Modern Health hanya akan menggunakan atau memproses Maklumat Peribadi anda jika penggunaan dan pemprosesan tersebut dibenarkan oleh undang-undang privasi yang berkenaan dalam bidang kuasa anda. Kadangkala ini dirujuk sebagai mengenakan “asas undang-undang” ke atas penggunaan Maklumat Peribadi anda. Asas undang-undang yang kami percaya untuk memproses Maklumat Peribadi anda mungkin termasuk:
10. Hak Subjek Data
Dalam keadaan tertentu, undang-undang privasi tempatan mungkin memberi anda hak yang berkaitan dengan Maklumat Peribadi anda, seperti yang diterangkan dengan lebih terperinci di bawah. Anda boleh menggunakan hak anda dengan menghubungi kami.
Kami akan mengendalikan sebarang permintaan untuk menggunakan hak anda menurut undang-undang yang berkenaan, tetapi sila maklum bahawa hak ini mungkin tidak mutlak. Kami boleh menolak atau menafikan permintaan menurut undang-undang privasi yang berkenaan. Selain itu, bergantung pada keadaan dan lokasi anda, tidak semua hak di bawah tersedia untuk anda.
Hak anda yang berkaitan dengan Maklumat Peribadi anda mungkin termasuk yang berikut:
Cara mengawal pilihan komunikasi anda:
Anda boleh berhenti menerima komunikasi e-mel profesional daripada kami dengan mengklik pada “batalkan langganan pautan” yang diberikan dalam komunikasi tersebut. Anda juga boleh mengawal sesetengah permberitahuan mudah alih yang anda terima daripada kami melalui tetapan pada peranti mudah alih anda dan dalam aplikasi mudah alih kami. Kami berusaha sedaya upaya untuk segera memproses semua permintaan pembatalan langganan. Anda tidak boleh menolak komunikasi berkaitan perkhidmatan (contohnya, pengesahan akaun, komunikasi transaksi, perubahan/kemas kini pada ciri Perkhidmatan, notis teknikal dan keselamatan).
11. Kemas Kini Terhadap Notis Privasi Kami
Notis Privasi ini mungkin dikemas kini secara berkala bagi menunjukkan perubahan dalam amalan maklumat kami. Jika kami melakukan sebarang perubahan ketara pada Notis Privasi kami, kami akan memberikan notis kepada anda melalui Perkhidmatan, atau melalui saluran komunikasi lain seperti menyiarkan notis pada laman web kami atau menghantar e-mel kepada anda. Jika kami menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk tujuan lain yang tidak dinyatakan dalam Notis Privasi ini, kami akan memaklumkan kepada anda. Anda boleh melihat kali terakhir Notis Privasi ini dikemas kini dengan memeriksa tarikh “terakhir dikemas kini” yang dipaparkan pada bahagian atas Notis Privasi ini. Sila semak sebarang perubahan dengan teliti. Kami menggalakkan anda untuk menyemak Notis Privasi ini secara berkali bagi maklumat terkini berkenaan amalan privasi kami.
12. Cara Menghubungi Kami
Jika anda mempunyai soalan tentang Notis Privasi ini, amalan maklumat kami, atau cara Modern Health mengendalikan maklumat anda, atau jika anda ingin menggunakan hak anda, sila hubungi kami melalui e-mel atau menulis kepada kami di:
Modern Life Inc.
650 California Street, Floor 7, Office 07-128, San Francisco, CA 94108
E-mel: privacy@modernhealth.com
13. Notis untuk Pengguna California
Setakat anda seorang penduduk California dan “Maklumat Peribadi” anda tertakluk pada CCPA, Seksyen ini diguna pakai pada pengumpulan dan penggunaan Maklumat Peribadi kami, seperti yang dikehendaki oleh Akta Privasu Pengguna California 2018 dan pelaksanaan peraturannya (“CCPA”). Apabila kami menggunakan istilah “Maklumat Peribadi” dalam konteks CCPA, kami merujuk kepada maklumat yang mengenal pasti, berkaitan, menerangkan, boleh dikaitkan, atau dihubungkan secara munasabah, secara langsung atau tidak langsung, dengan pengguna atau isi rumah tertentu di California.
Dalam keseluruhan Notis Privasi ini, kami membincangkan dengan terperinci Jenis Maklumat Peribadi yang Kami Kumpulkan daripada dan tentang pengguna. Di bawah CCPA, kami juga dikehendaki memberi anda “kategori” Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan dan dedahkan dalam masa dua belas (12) bulan lalu untuk tujuan perniagaan:
Kami memperoleh kategori Maklumat Peribadi yang disenaraikan di atas daripada sumber berikut (selain secara langsung daripada pengguna), seperti yang dikenal pasti dalam Notis Privasi ini:
Kami mendedahkan kategori Maklumat Peribadi yang disenaraikan di atas kepada kategori pihak ketiga yang berikut, seperti yang diterangkan dalam Cara Kami Berkongsi Maklumat Peribadi.
Kami mengumpulkan dan mendedahkan kategori Maklumat Peribadi yang disenaraikan di atas untuk tujuan perniagaan, seperti yang diterangkan dalam Cara Kami Menggunakan Maklumat Peribadi.
Penjualan Maklumat Persendirian
Dalam dua belas (12) bulan lalu, kami tidak mengetahui yang kami menjual sebarang Maklumat Peribadi Pengguna California, atau tidak tahu yang kami menjual Maklumat Peribadi Pengguna California bawah umur enam belas (16) tahun. CCPA mentakrifkan “jualan” sebagai: menjual, menyewa, mengeluarkan, mendedahkan, menyebarkan, menyediakan, memindahkan atau berkomunikasi secara lisan, secara bertulis, atau melalui cara elektronik atau cara lain, Maklumat Peribadi pengguna kepada perniagaan lain atau pihak ketiga bagi tujuan kewangan atau pertimbangan berharga.
Jika kami menjual Maklumat Peribadi anda, kami akan memaklumkan kepada anda, dan jika anda menyerahkan permintaan pengguna yang boleh disahkan kepada kami menggunakan maklumat hubungan dalam Seksyen 12 di atas, kami akan mendedahkan senarai yang mengandungi kategori Maklumat Peribadi kepada anda yang menunjukkan kami menjual maklumat tersebut menurut syarat CCPA.
Hak Privasi California
Penduduk California boleh menggunakan hak privasi CCPA tertentu berkaitan dengan Maklumat Peribadi mereka:
Cara Menggunakan Hak California Anda
Jika anda penduduk California dan anda ingin menggunakan sebarang hak anda yang disenaraikan di atas, sila hubungi kami. Anda juga boleh melantik ejen yang dibenarkan untuk membuat permintaan bagi menggunakan hak anda bagi pihak anda. Untuk berbuat demikian, anda hendaklah menghubungi kami.
Semasa kami mengambil langkah bagi memastikan individu bertanggungjawab untuk menerima dan menjawab permintaan anda, tahu tentang hak anda dan cara membantu anda menggunakan hak-hak tersebut, semasa anda menghubungi kami untuk menggunakan hak anda, kami minta agar anda patuhi garis panduan berikut:
Sila maklum bahawa anda tidak perlu mencipta akaun dengan kami untuk membuat permintaan bagi menggunakan hak anda di bawah ini.
Cara Kami Menjawab Permintaan Anda
Dalam semua kes, kami akan menjawab permintaan anda dalam tempoh sepuluh (10) hari bagi mengesahkan penerimaan permintaan anda dan memberikan maklumat kepada anda tentang cara kami memproses permintaan anda. Kemudian, kami akan menjawab permintaan anda secara subtantif dalam tempoh empat puluh lima (45) hari. Walau bagaimanapun, jika perlu secara munasabah, kami boleh melanjutkan masa jawapan kami empat puluh lima (45) hari lagi, dengan syarat kami menghantar notis pelanjutan tersebut kepada anda terlebih dahulu. Kami akan memberikan maklumat kepada anda melalui mekanisme penghantaran pilihan anda. Jika maklumat diberikan kepada anda secara elektronik, kami akan memberikan maklumat tersebut kepada anda dalam format boleh alih dan, setakat yang boleh diterima secara teknikal, dalam format yang boleh dibaca, terus digunakan yang membolehkan anda menyampaikan maklumat ini tanpa halangan.
Sila maklum bahawa kami tidak akan mengenakan caj kepada anda kerana membuat permintaan, dengan syarat anda membuat tidak lebih daripada dua (2) permintaan setahun. Jika anda membuat tiga (3) permintaan atau lebih, dalam tempoh dua belas (12) bulan, kami boleh menolak untuk menjawab permintaan tersebut, jika kami mendapati permintaan tersebut tidak berasas atau keterlaluan (contohnya, permintaan berulang), atau kami boleh mengenakan caj yuran yang munasabah dengan mengambil kira kos pentadbiran bagi menyediakan maklumat tersebut atau komunikasi atau menjalankan tindakan yang diminta. Jika kami menolak permintaan tersebut, kami akan memberikan notis dan sebab atas penolakan kami.
Menghubungi Ketua Peguam California
CCPA memberikan hak kepada Pengguna California untuk membuat aduan dengan pejabat Ketua Peguam California. Pejabat Ketua Peguam boleh dihubungi di https://oag.ca.gov/contact/consumer-complaint-against-business-or-company atau melalui telefon di talian: (916) 210-6276.
Walau bagaimanapun, kami menggalakkan anda untuk menghubungi kami terlebih dahulu, agar kami boleh membantu dalam menyelesaikan sebarang aduan anda.